Wednesday, March 23, 2016

Talian Telefon dipotong oleh TM ?




Pihak BTPN Selangor telah menerima isu ini dan telah kemukakan kepada pihak TM dalam mesyuarat khas pada 22hb Mac 2016.

Isu ini timbul kerana akaun telefon sekolah dan Schoolnet dibawah no akaun yang sama. Apabila sekolah telah memperolehi perkhidmatan 1BestariNet maka talian internet melalui pihak TM terpaksa dimatikan untuk mengelakkan bayaran berganda di pihak KPM.

Memandangkan talian Schoolnet dan talian telefon sesetengah sekolah adalah satu talian (ada sekolah mempunyai talian berasingan dan akaun bil berasingan) maka apabila penamatan dilakukan berlaku gangguan pada talian telefon sedia ada.

Penyelesaian kepada sekolah terlibat buat masa sekarang adalah memohon talian baru dan pihak sekolah boleh mengekalkan nombor telefon lama (bergantung kepada TM) dan buat sekolah yang belum dipotong kami dimaklumkan pihak TM akan menyediakan akaun baru tanpa sekolah memohon akaun berlainan daripada pihak TM.

Sebarang masalah sila emelkan kepada BTPN Selangor support@btpnsel.edu.my 

0 comments:

Post a Comment