Tempahan dan Penggunaan Premis PKG Cheras




PERATURAN PENGGUNAAN KEMUDAHAN PKG CHERAS


1.    Permohonan untuk menggunakan kemudahan Pusat Kegiatan Guru Cheras perlu dikemukakan secara bertulis kepada Ketua PKG Cheras sekurang-kurangnya (2) minggu sebelum tarikh aktiviti.

2.  Kelulusan tertakluk kepada pertimbangan pentadbiran PKG Cheras dan persetujuan pemohon untuk mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkanseperti berikut :

2.1.       PKG Cheras tidak menyediakan sebarang perkhidmatan fotokopi / cetakan.

2.2.    Pihak pengguna bertanggungjawab menyusun atur sendiri semua peralatan dan perabot yang diperlukan sebelum menggunakan bilik aktiviti.

2.3.  Pengguna bertanggungjawab memadamkan semua peralatan elektrik, mengemaskan, dan    menyusun atur kembali peralatan dan perabot yang telah digunakan.

2.4. Pengguna bertanggungjawab menjaga kebersihan dan keselamatan kemudahan yang digunakan
.
2.5.   Pengguna tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang peralatan / perabot yang terdapat dalam  bilik ke tempat lain tanpa kebenaran Pihak Pengurusan PKG Cheras.

2.6. Pengguna bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada Pihak PKG Cheras segala kerosakkan peralatan dan perabot yang digunakan.

2.7. Tidak dibenarkan makan dan minum di dalam bilik aktiviti kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada Pihak PKG Cheras.

2.8. Perkhidmatan makan dan minum mestilah diuruskan sendiri oleh pemohon dan    memaklumkan kepada Pengurusan PKG Cheras.

2.9.  Pihak PKG Cheras tidak bertanggungjawab atas sebarang kemalangan, kecederaan,  kerosakkan dan kehilangan peralatan persendirian yang dialami oleh pengguna semasa      menggunakan kemudahan PKG Cheras.

2.10.  Pihak PKG Cheras berhak membatalkan kebenaran menggunakan kemudahan yang telah  diberikan atau menukar bilik yang ditempah, jika pada tarikh dan masa yang sama terdapat  pihak yang lebih utama memerlukan kemudahan tersebut.

2.11.  Urus setia hendaklah berada lebih awal bagi tujuan urusan pendaftaran dan pengurusan    tempat.

3. Kelulusan permohonan menggunakan kemudahan PKG Cheras akan dimaklumkan melalui surat/faks/telefon atau pengesahan semasa pertemuan dengan pegawai bertugas. Pemohon juga boleh menghubungi Ketua PKG Cheras seminggu sebelum tarikh aktiviti untuk pengesahan kelulusan. Kelulusan pemohonan yang seterusnya adalah bergantung kepada prestasi penggunaan sebelum itu.


Pegawai Teknologi Pendidikan
Pusat Kegiatan Guru Cheras





0 comments:

Post a Comment