Showing posts with label MEDIA. Show all posts
Showing posts with label MEDIA. Show all posts
Saturday, June 4, 2016
Thursday, October 15, 2015
MEDIA:KEMBARA NILAM ZON CHERAS 2015
14 dan 15 Ogos 2015 : Dengan kerjasama Jawatankuasa Permuafakatan Zon Cheras dan Guru Perpustakaan dan Media Zon Cheras telah menganjurkan satu aktiviti Kembara NILAM Zon Cheras 2015 yang bertempat di Kuala Selangor. Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan yang melibatkan semua 66 orang pelajar dan 22 orang guru.
klik untuk lebih gambar
klik untuk lebih gambar
Monday, August 10, 2015
KEMBARA NILAM ZON CHERAS 2015
“1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُSalam SejahteraSalam 1Malaysia
Semua Guru Perpustakaan dan Media Zon Cheras yang dihormati,
Semua Guru Perpustakaan dan Media Zon Cheras yang dihormati,
Kembara NILAM Zon Cheras yang telah dijadual pada 14 dan 15 Ogos 2015 akan melibatkan guru dan pelajar dari sekolah-sekolah Zon Cheras. Kembara NILAM ini akan diadakan di Daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam. Mohon kepada guru yang terlibat untuk SEGERA mengisi data peserta melalui pautan dibawah. Berikut juga disertakan bahan-bahan untuk rujukan:-
PENTING:
Semua peserta dan guru pengiring diminta berkumpul di SMK DUSUN NANDING pada 14 OGOS 2015 (JUMAAT) sebelum jam 8.00 pagi.
Monday, August 3, 2015
Hari Kemerdekaan 2015
Sambutan Hari Kemerdekaan atau Kebangsaan pada tahun 2015 lebih menekankan kepada semangat kejiwaan dan bersatu hati rakyat Malaysia apabila Sehati Sejiwa dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun 2015
Pemilihan tema #sehatisejiwa telah diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek #sehatisejiwa mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini selain melambangkan semangat kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada Sebagai makluman, mulai tahun 2015 sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tidak lagi disebut berdasarkan ulang tahun, sebaliknya mengikut tahun GAMBAR DAN KETERANGAN LOGO HARI KEMERDEKAAN 2015 MALAYSIA
Berikut adalah gambar Logo rasmi Merdeka pada tahun 2015,
Hashtag #sehatisejiwa boleh diguna pakai pada Facebook, Instagram ataupun Twitter sesuai dengan dunia media sosial sekarang. Menerusi kempen promosi Hari Kebangsaan tahun ini juga, Kementerian turut melancarkan laman web rasmi 31Ogos.my dan rangkaian media sosial yang lain seperti instagram & twitter yang turut menggunakan nama @31Ogos.
Wednesday, June 17, 2015
MEDIA : BENGKEL PEMBINAAN LAMAN PEMBELAJARAN (VLE) UNTUK GURU PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
28 hingga 29 Mei 2015:- Bengkel Pembinaan Laman Pembelajaran menggunakan VLE telah diadakan di Bilik Mesyuarat PKG Cheras. Cik Nurhuda, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Cheras telah membimbing guru-guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan sekitar Zon Cheras untuk membina laman pembelajaran. Diharap semua guru yang terlibat sepanjang bengkel dapat memanfaatkan ilmu yang diberikan.
klik untuk semua gambar
klik untuk semua gambar
MEDIA : BENGKEL PEMBINAAN LAMAN PEMBELAJARAN (VLE) UNTUK GURU BAHASA MALAYSIA
16 hingga 17 Jun 2015:- Bengkel Pembinaan Laman Pembelajaran menggunakan VLE telah diadakan di Bilik Mesyuarat PKG Cheras. Cik Nurhuda, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Cheras telah membimbing guru-guru Bahasa Malaysia sekitar Zon Cheras untuk membina laman pembelajaran. Diharap semua guru yang terlibat sepanjang bengkel dapat memanfaatkan ilmu yang diberikan.
klik untuk semua gambar
klik untuk semua gambar















.jpg)


