Selamat Datang ke Pusat Kegiatan Guru Cheras blogspot

Menyediakan info berkaitan dengan pengurusan Pusat Sumber,Teknologi Pendidikan dan Teknologi Maklumat di Zon Cheras.

Misi

Pembangunan Kapasiti dan Peningkatan Kualiti Pengurusan Instruksional Menerusi Pembudayaan Inovasi Teknologi Pendidikan

Visi

Meneraju Tranformasi Generasi Menerusi Teknologi Pendidikan

Objektif

Membudayakan penggunaan ICT dalam teknologi pendidikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran,keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah serta kompetensi guru secara berterusan

Pusat Kegiatan Guru Cheras

Sebagai nadi penggerak inovasi sekolah, BTPN Selangor sentiasa memastikan program-program BTP yang telah diatur mampu meningkatkan inovasi dalam pendidikan di sekolah-sekolah negeri Selangor. Ini adalah penting untuk melahirkan satu modal insan yang mampu menyokong dan membantu merealisasikan misi dan visi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Showing posts with label JURUTEKNIK. Show all posts
Showing posts with label JURUTEKNIK. Show all posts

Thursday, April 7, 2016

[PENTING GPB/GICT] : MAKLUMAT PERALATAN ICT SEKOLAH-SEKOLAH KPM BAGI TAHUN 2016





Tuan,

Dengan sukacitanya perkara diatas dirujuk.

2.         Adalah dimaklumkan bahawa pihak Bahagian Teknologi Pendidikan PMO ICT telah menambah modul tambahan dalam sistem Data Inisiatif ICT Sekolah – Sekolah KPM (eData) untuk mengumpul data sekolah bagi tujuan pelaksanaan inisiatif ICT sekolah-sekolah KPM.

3.        Sehubungan dengan itu, kerjasama pihak tuan untuk melengkapkan borang Sistem Data Inisiatif ICT Sekolah – Sekolah KPM bagi Tahun 2016 yang diberikan pada atau sebelum 3 Mei 2016 (Selasa) bagi tujuan pengemaskinian system eData oleh pihak PKG Cheras.


Friday, December 4, 2015

PENTING ICT ; PENGURUSAN ASET BAGI PERALATAN ICT YANG DISENGGARA SECARA GANTIAN (1 PP)

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Tuan/Puan,

            Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara diatas dan minit mesyuarat penyelenggaraan peralatan ict sekolah – sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ) Bil.2/2015 bertarikh 12 Ogos 2015 adalah berkaitan.

2. Dimaklumkan peralatan ict yang disenggara secara menukar ganti dengan peralatan baharu perlu mematuhi tatacara seperti mana yang terkandung dalam 1perkeliling perbendaharaan ( 1PP ) yang sedang diguna pakai.


3. Oleh yang demikian bersama ini dilampirkan tatacara, carta dan  Borang GS01 sebagai rujukan dan tindakan pihak tuan.

Tuesday, August 4, 2015

MESYUARAT JAWATANKUASA JURUTEKNIK KOMPUTER ZON CHERAS BIL. 2/2015

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Juruteknik Komputer Zon Cheras Bil. 2/2015 akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh   : 6 Ogos 2015
Masa    : 2.30 Petang
Tempat : Pusat Kegiatan Guru Cheras

Bersama-sama ini juga dilampirkan Surat Mesyuarat Jawatankuasa Juruteknik Komputer Zon Cheras Bil. 2/2015 untuk tindakan pihak tuan selanjutnya.

Kerjasama serta sokongan tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

MESYUARAT JAWATANKUASA GURU PENYELARAS ICT / GURU PENYELARAS BESTARI ZON CHERAS BIL. 2/2015

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Guru Penyelaras ICT / Guru Penyelaras Bestari Zon Cheras Bil. 2/2015 akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh   : 6 Ogos 2015 (Khamis)
Masa    : 2.30 Petang
Tempat : Pusat Kegiatan Guru Cheras

Bersama-sama ini juga dilampirkan Surat Mesyuarat Jawatankuasa Guru Penyelaras ICT / Guru Penyelaras Bestari Zon Cheras Bil. 2/2015 untuk tindakan pihak tuan selanjutnya.

Kerjasama serta sokongan tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Thursday, July 9, 2015

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2015






Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya kepada semua. Bersempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal kita sambut , kami warga kerja Pusat Kegiatan Guru Cheras ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf.



BAHAN TAKLIMAT NETBOOK 1 MALAYSIA



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

Bersama-sama ini dipanjangkan Bahan Taklimat Netbook 1 Malaysia untuk tindakan pihak tuan selanjutnya :


Kerjasama serta sokongan tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.


Wednesday, July 8, 2015

LAPORAN KEROSAKAN NETBOOK 1 MALAYSIA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
Bersama-sama ini dipanjangkan borang-borang untuk laporan kerosakan Netbook 1 Malaysia untuk tindakan pihak tuan selanjutnya :

1) KEW PA-3 (Salinan Dari Pihak Sekolah)
2) KEW PA-9
3) kEW PA-5
4) Senarai Aset Bernilai Rendah

Untuk makluman pihak tuan, jika terdapat kerosakan Netbook di sekolah lengkapkan borang-borang yang tersebut di atas dan hantar ke PKG Cheras bersama-sama Netbook yang rosak.

Kerjasama serta sokongan tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.


Muat turun

 KEW PA-3 (Salinan Dari Pihak Sekolah)

Thursday, April 2, 2015

MESYUARAT JAWATANKUASA GURU PENYELARAS ICT & JURUTEKNIK KOMPUTER ZON PKG CHERAS BIL. 1/2015

Salam,

Dengan segala hormatnya perkara diatas dirujuk.

2.      Sukacitanya dimaklumkan bahawa satu mesyuarat akan diadakan seperti ketetapan dibawah:

Tarikh   : 15 April 2015
Tempat : Bilik Mesyuarat, PKG Cheras
Masa    : 2.00 petang

Surat panggilan mesyuarat