Wednesday, November 25, 2015

PENTING ICT: Makmal Komputer Mudah Alih Chromebook: Isu Bateri Chromebook Menggelembung

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Tuan/Puan,

Untuk pengetahuan, aduan mengenai bateri Chromebook menggelembung semakin meningkat.

Sebagai makluman awal sebelum mendapat penjelasan, jalan penyelesaian dan langkah pencegahan yang rasmi daripada YTLC serta Samsung, sila ambil maklum perkara-perkara berikut (tertakluk kepada perubahan):

1.       Punca Bateri Menggelembung
-          Chromebook yang ditutup tanpa ‘proper shutdown’ menjadikan Chromebook dalam status ‘sleep’.
-          Selepas itu Chromebook disimpan dalam Chrome Cart dan disambung power charger.
-          Chrome Cart dibiarkan ‘turn on’ tanpa ditutup bekalan elektrik.
-          Chromebook akan sentiasa dalam keadaan sedang dicas.
-          Power adapter yang disimpan dalam Chrome Cart akan sentiasa panas menyebabkan dalam Chrome Cartpanas.
-          Chromebook terdedah terlalu lama dengan suhu melebihi 30⁰C dan sentiasa dalam keadaan dicas menyebabkan bateri menjadi menggelembung.

2.       Jalan Penyelesaian
-          Bateri yang menggelembung perlu diganti baharu

3.       Kesan/Akibat Jika Tidak Diselesaikan
-          Komponen Chromebook lain yang ditolak oleh bateri menggelembung seperti casingkeyboard atau touch padboleh rosak.
-          Skrin Chromebook tidak dapat ditutup.
-          Bateri menggelembung yang ditekan (semasa cubaan menutup skrin) atau terkena hentakan yang kuat boleh menyebabkan ia meletup dan membahaya pengguna.

4.       Langkah Pencegahan SEBELUM Berlaku Bateri Menggelembung
-          Chromebook ditutup secara PROPER SHUTDOWN serta pastikan bukan ‘sleep’.
-          Menutup suis bekalan elektrik Chrome Cart selepas selesai cas.

5.       Langkah Pencegahan SELEPAS Berlaku Bateri Menggelembung
-          Tidak memaksa atau menekan terlalu kuat semasa menutup skrin Chromebook. Jika tidak boleh ditutup, biarkan ia tanpa ditutup.
-          Tidak menyusun/meletak Chromebook menggelembung di bawah Chromebook yang lain.
-          Tidak mengecas Chromebook yang menggelembung.
-          Melaporkan kepada PKG/BTPN.

Sehubungan itu, dipohon kerjasama tuan/puan supaya dapat mengurangkan risiko bateri Chromebook menggelembung. BTP akan mengemukakan memo/surat rasmi berkenaan perkara ini selepas mendapat dokumen rasmi daripada YTLC/Samsung.

Kerjasama yang diberi didahului dengan ribuan terima kasih.

0 comments:

Post a Comment