Selamat Datang ke Pusat Kegiatan Guru Cheras blogspot

Menyediakan info berkaitan dengan pengurusan Pusat Sumber,Teknologi Pendidikan dan Teknologi Maklumat di Zon Cheras.

Misi

Pembangunan Kapasiti dan Peningkatan Kualiti Pengurusan Instruksional Menerusi Pembudayaan Inovasi Teknologi Pendidikan

Visi

Meneraju Tranformasi Generasi Menerusi Teknologi Pendidikan

Objektif

Membudayakan penggunaan ICT dalam teknologi pendidikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran,keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah serta kompetensi guru secara berterusan

Pusat Kegiatan Guru Cheras

Sebagai nadi penggerak inovasi sekolah, BTPN Selangor sentiasa memastikan program-program BTP yang telah diatur mampu meningkatkan inovasi dalam pendidikan di sekolah-sekolah negeri Selangor. Ini adalah penting untuk melahirkan satu modal insan yang mampu menyokong dan membantu merealisasikan misi dan visi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Thursday, December 31, 2015

Perutusan Tahun Baharu 2016 Oleh Pengarah Pendidikan Selangor




PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2016

OLEH

PENGARAH PENDIDIKAN

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR

Assalamualaikum WBT,

Salam Sejahtera dan Salam Sehati Sejiwa.

“Transformasi merupakan suatu perjuangan yang amat mencabar. Begitu juga dengan kembara transformasi pendidikan negara yang sedang kita lalui. Oleh yang demikian, setiap seorang daripada kita mesti memainkan peranan masing-masing bagi memastikan generasi masa hadapan dibekalkan dengan ilmu, kemahiran dan nilai-nilai murni untuk menjadi rakyat yang dapat menyumbang bukan sahaja kepada kesejahteraan diri malahan kepada kejayaan negara jua.”

Dato’ Sri Dr. Khair bin Mohamad Yusof

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM)

Alhamdulillah, segala puji selayaknya bagi Allah SWT. Selawat dan salam ke atas baginda Nabi Muhammad SAW. Terima kasih atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk menukilkan sepatah dua kata menerusi ruangan ini. Saya kongsikan pernyataan Yang Berbahagia Dato’ Sri KPPM agar kita sama-sama terpanggil untuk menyambut hasrat yang dicetuskan oleh beliau tentang kembara transformasi yang sedang kita jalani bagi menjayakan aspirasi yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).

Justeru, menjadi tanggungjawab kita sebagai warga pendidikan JPN Selangor untuk menilai dan bermuhasabah sejauh mana kerja buat kita dalam menyokong pelaksanaan PPPM terutamanya sepanjang Gelombang Pertama PPPM iaitu dari tahun 2013 hingga 2015 yang memberikan tumpuan ke arah mengubah sistem dengan menyokong guru dan memberikan tumpuan kepada kemahiran utama. Selain itu, persoalan yang perlu kita fikirkan adalah sejauh mana kita Sedar, Faham, Mahu dan Boleh Buat bagi menjayakan inisiatif-inisiatif yang digagaskan dalam PPPM.

Sementelahan, kedatangan tahun 2016 ini memberikan isyarat bahawa kembara transformasi PPPM sudah memasuki ke pintu gerbang Gelombang Kedua yang bermula dari tahun 2016 hingga 2020. Sudah tentu hal ini akan memberikan cabaran baharu apatah lagi pada fasa Gelombang Kedua ini tumpuan akan diberikan pada usaha untuk memacu peningkatan sistem agar dapat mengukuhkan transformasi pendidikan negara kita. Oleh itu, pada tahun 2016 ini, saya yakin tahap kesiapsiagaan warga pendidikan negeri Selangor sudah berada pada tahap Mahu dan Boleh Buat. Seperti yang selalu saya uar-uarkan; “Hasil yang luar biasa datangnya daripada usaha yang luar biasa”, itulah pegangan serta iltizam yang seharusnya tersemat pada setiap warga pendidikan bagi memastikan kita dapat merealisasikan slogan Pendidikan Selangor Terbilang.

Pada kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua warga pendidikan negeri Selangor, sama ada di JPN, PPD, BTPN, PKG atau di sekolah-sekolah, atas kerjasama dan sumbangan yang telah diberikan sepanjang tahun 2015. Tanpa sumbangan dan komitmen daripada semua sudah tentulah agak sukar untuk kita melaksanakan segala agenda transformasi bagi melonjakkan pendidikan di negeri Selangor yang kita cintai ini. Akhir sekali saya ungkapkan kata-kata pujangga terkenal Hamka:

“Jangan takut jatuh, kerana hanya mereka yang tidak pernah memanjatlah yang tidak mengenal erti jatuh; Jangan takut gagal, kerana yang tidak pernah gagal hanyalah mereka yang tidak pernah melangkah dan mencuba”

Sekian, wabillahi taufik wal hidayah, Wassalamualikum WBT.

ZAINUREN BIN MOHD NOR SMP, AAP

Pengarah Pendidikan

Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

UCAPAN TAHUN BAHARU 2016 OLEH YB MENTERI PENDIDIKAN


Tahun 2015 bakal melabuh tirai. Lima bulan pertama saya menerajui KPM; memahami Dasar dan Polisi, mengenali serta menjalin hubungan positif dengan pihak pengurusan dan pentadbiran dan menyusuri setiap isu-isu utama pendidikan. Beberapa langkah proaktif telah dibuat sebagai langkah pertama untuk perlaksanaan menyeluruh.
Tahun 2016 bagi saya adalah tahun permulaan untuk memperkasakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, khususnya bagi mengerakkan anjakan Gelombang ke-2 PPPM 2016-2020 (G2 PPPM 2016-2020).
Dalam konteks G2 PPPM tersebut, di antara fokus utamanya ialah menjurus kepada peningkatan profesionalisme pendidik dengan mengambil kira pandangan daripada guru-guru sendiri, meningkatkan akses pendidikan serta inklusif kepada semua kumpulan dan peningkatan kecekapan pengurusan serta pentadbiran di semua peringkat. Objektifnya ialah sudah pasti bagi meningkatkan kualiti pendidikan di negara kita.
Saya akui banyak cabaran yang akan kita hadapi terutama yang melibatkan kepentingan golongan pendidik itu sendiri yang menjadi pemangkin utama. Justeru, beberapa langkah awal yang telah diambil sebelum ini dalam menangani isu “Duka Lara”, kepelbagaian tugas/tanggungjawab guru, prasarana sekolah, keselesaan dan keselamatan pelajar akan tetap diberi perhatian berterusan untuk penambahbaikan.
Setiap cabaran mempunyai tahap penyelesaian yang berbeza dan mengambil tempoh masa tertentu untuk diselesaikan. Oleh itu, saya berharap agar semua pihak tetap bertindak professional dan tidak menjadikan cabaran itu sebagai halangan.
Semoga dengan bermulanya sesi persekolahan 2016 ini, kita tetap bersama-sama berusaha memperbaiki kelemahan dan menambahbaik kekurangan yang timbul. Selamat Tahun Baharu 2016!

Friday, December 4, 2015

PENTING VLE: PANDUAN PENGGUNAAN FROG VLE DI SEKOLAH


                           

                           

                           

                           

                           

                           

                           

                           

                           

                           

PENTING ICT ; PENGURUSAN ASET BAGI PERALATAN ICT YANG DISENGGARA SECARA GANTIAN (1 PP)

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Tuan/Puan,

            Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara diatas dan minit mesyuarat penyelenggaraan peralatan ict sekolah – sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ) Bil.2/2015 bertarikh 12 Ogos 2015 adalah berkaitan.

2. Dimaklumkan peralatan ict yang disenggara secara menukar ganti dengan peralatan baharu perlu mematuhi tatacara seperti mana yang terkandung dalam 1perkeliling perbendaharaan ( 1PP ) yang sedang diguna pakai.


3. Oleh yang demikian bersama ini dilampirkan tatacara, carta dan  Borang GS01 sebagai rujukan dan tindakan pihak tuan.

Thursday, December 3, 2015

PENTING MBMMBI : PENGEDARAN BAHAN DIGITAL BAGI PELAKSANAAN DASAR MBMMBI 2015

Tuan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Untuk makluman pihak tuan, PKG Cheras akan mengedarkan CD MBMMBI untuk Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah.  CD tersebut perlu digunakan menjelang sesi persekolahan 2016.


3.         Sehubungan dengan itu, jasa baik tuan adalah dipohon untuk menghantar wakil ke PKG Cheras untuk mengambil CD berkenaan  mulai 7 Disember 2015.




CD MBMMBI SEKOLAH MENENGAH 2015 - BAHASA MELAYU

CD MBMMBI SEKOLAH MENENGAH 2015 - BAHASA INGGERIS

CD MBMMBI SEKOLAH RENDAH 2015 - BAHASA MELAYU