Selamat Datang ke Pusat Kegiatan Guru Cheras blogspot

Menyediakan info berkaitan dengan pengurusan Pusat Sumber,Teknologi Pendidikan dan Teknologi Maklumat di Zon Cheras.

Misi

Pembangunan Kapasiti dan Peningkatan Kualiti Pengurusan Instruksional Menerusi Pembudayaan Inovasi Teknologi Pendidikan

Visi

Meneraju Tranformasi Generasi Menerusi Teknologi Pendidikan

Objektif

Membudayakan penggunaan ICT dalam teknologi pendidikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran,keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah serta kompetensi guru secara berterusan

Pusat Kegiatan Guru Cheras

Sebagai nadi penggerak inovasi sekolah, BTPN Selangor sentiasa memastikan program-program BTP yang telah diatur mampu meningkatkan inovasi dalam pendidikan di sekolah-sekolah negeri Selangor. Ini adalah penting untuk melahirkan satu modal insan yang mampu menyokong dan membantu merealisasikan misi dan visi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sunday, July 26, 2015

MEMO PINDAAN TEMPAT BENGKEL PEMBUGARAN SSQS 2015

Salam Sejahtera
Salam 1Malaysia


Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.


Surat bertarikh 09 Julai, PPDHL.PA 700-2/1/8/3/Jld. 4 ( 2 ) adalah dirujuk. Adalah dengan ini 
dimaklumkan lokasi bengkel tersebut dialihkan ke alamat berikut :

Tarikh    : 31 Julai 2015 ( Jumaat )

Masa      : 8.30 Pagi - 4.30 Petang
Tempat  : Dewan Utama 
                Sekolah Kebangsaan Taman Puteri 
                Jalan Hulu Langat
                Batu 9 , 
                43200 Cheras , Selangor Darul Ehsan.
Peserta : Guru Penyelaras Bestari / Guru ICT

Bersama-sama ini dipanjangkan Memo Pindaan Lokasi Bengkel Pembugaran SSQS Tahun 2015 untuk tindakan pihak tuan selanjutnya.

Kerjasama serta sokongan tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Friday, July 24, 2015

PANDUAN PENGISIAN PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH 2015 MENGGUNAKAN SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS)

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan penarafan pembestarian sekolah menggunakan Smart School Qualification Standard (SSQS) setiap tahun untuk mengukur tahap pembestarian sekolah-sekolah Malaysia yang boleh digunakan sebagai salah satu indikator asas bagi mengukur tahap pencapaian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025; khususnya Anjakan 7, Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia serta menjadi input kepada pelbagai program pembestarian sekolah dalam pembangunan sumber manusia dan tenaga kerja yang berlandaskan pengetahuan (k-ekonomi).

TARIKH BAGI TEMPOH MASA PENGISIAN SSQS 2015 : 6 JULAI HINGGA 30 OGOS 2015


PANDUAN MENGISI SSQS 2015


1. Sila masuk ke laman sesawang/url : http://ssqs.btpnsel.edu.my/ 


2.  Log Masuk ADmin untuk mendapatkan token (No tag)


3. Login sekolah ialah : (KOD SEKOLAH) / kata laluan : (kod sekolah)

                   Contoh: BBA40015 -SK Batu Sembilan

Pilih SEKOLAH

Log masuk menggunakan Kod Sekolah masing-masing


4. Paparan no token untuk semua responden sekolah akan dipaparkan seperti berikut:



5. Gunakan no token untuk memulakan penarafan mengikut kategori responden melalui laman sesawang /url : http://ssqs.btpnsel.edu.my/ 


6. Masukkan no token mengikut kategori responden masing-masing dan klik pada teruskan.


7. Jawab semua soalan yang dikemukakan sehingga selesai.


8. Untuk kemudahan sebagai rujukan dan cara pengisian, pihak sekolah boleh mencetak panduan SSQS


9. Pihak sekolah boleh rujuk panduan responden dan mencetak Borang SSQS offline sebagai panduan responden.

Panduan Responden

Borang SSQS Offline


10. Bilangan Responden yang perlu mengisi SSQS 2015 adalah seperti berikut.



Muat turun:

Slaid Taklimat SSQS 2015
Surat KPM - SSQS 2015

Instrument GPM

Instrument Guru

Instrumen Murid

Instrumen Pentadbir



Thursday, July 23, 2015

ANALISIS PENGGUNAAN LAMAN PEMBELAJARAN MAYA (VLE) MINGGU KE-30 2015 (16 JULAI - 22 JULAI 2015)

Kepada: Semua Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah Zon Cheras.

Tuan,

Bersama-sama ini disertakan analisis penggunaan Frog VLE bagi minggu ke-30  iaitu dari 16 JULAI 2015 - 22 JULAI 2015. Terdapat penurunan penggunaan VLE pada minggu ini disebabkan Cuti Hari Raya Aidilfitri.  Diharap sekolah dapat tingkatkan usaha untuk tingkatkan penggunaan VLE di minggu mendatang. Terima kasih.


Catatan: Klik pada gambarajah untuk melihat paparan yang lebih besar.







ANALISIS PENGGUNAAN LAMAN PEMBELAJARAN MAYA (VLE) MINGGU KE-29 2015 (9 JULAI - 15 JULAI 2015)

Kepada: Semua Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah Zon Cheras.

Tuan,

Bersama-sama ini disertakan analisis penggunaan Frog VLE bagi minggu ke-29  iaitu dari 9 JULAI 2015 - 15 JULAI 2015. Tahniah kepada sekolah - sekolah Zon PKG Cheras yang mencapai KPI penggunaan  VLE pada minggu ini. Diharap sekolah yang tidak mencapai KPI penggunaan VLE dapat meningkatkan usaha. Terima kasih.


Catatan: Klik pada gambarajah untuk melihat paparan yang lebih besar.







ANALISIS PENGGUNAAN LAMAN PEMBELAJARAN MAYA (VLE) MINGGU KE-28 2015 (2 JULAI - 8 JULAI 2015)

Kepada: Semua Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah Zon Cheras.

Tuan,

Bersama-sama ini disertakan analisis penggunaan Frog VLE bagi minggu ke-28  iaitu dari 2 JULAI 2015 - 8 JULAI 2015. Tahniah kepada sekolah - sekolah Zon PKG Cheras yang mencapai KPI penggunaan  VLE pada minggu ini. Diharap sekolah yang tidak mencapai KPI penggunaan VLE dapat meningkatkan usaha. Terima kasih.


Catatan: Klik pada gambarajah untuk melihat paparan yang lebih besar.







ANALISIS PENGGUNAAN LAMAN PEMBELAJARAN MAYA (VLE) MINGGU KE-27 2015 (25 JUN - 1 JULAI 2015)

Kepada: Semua Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah Zon Cheras.

Tuan,

Bersama-sama ini disertakan analisis penggunaan Frog VLE bagi minggu ke-27  iaitu dari 25 Jun 2015 – 1 Julai 2015. Tahniah kepada semua warga sekolah Zon PKG Cheras atas kejayaan mencapai penggunaan Frog VLE yang terbaik bagi minggu tersebut. Semoga kejayaan ini dapat dikekalkan pada minggu yang akan datang. Terima kasih.


Catatan: Klik pada gambarajah untuk melihat paparan yang lebih besar.






MESYUARAT JAWATANKUASA GURU PERPUSTAKAAN & MEDIA (GPM) ZON PKG CHERAS BIL. 2/2015

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

Bersama-sama ini dipanjangkan Surat Mesyuarat Jawatankuasa Guru Perpustakaan & Media (GPM)  Zon PKG Cheras Bil. 2/2015 untuk tindakan pihak tuan selanjutnya.

Kerjasama serta sokongan tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Thursday, July 9, 2015

BENGKEL PEMBUGARAN SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARD (SSQS) 2015



Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Dengan segala hormatnya perkara diatas dirujuk.

2.     Sehubungan dengan itu, Bengkel Pembugaran Smart School Qualification Standard (SSQS)  akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh   : 31 Julai 2015
Tempat : Auditorium PPD Hulu Langat
Masa     : 8.30 pagi - 4.30 pagi
3.     Bersama-sama ini disertakan sesalinan surat dan lampiran yang perlu dibawa.

Kerjasama serta sokongan tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2015






Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya kepada semua. Bersempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal kita sambut , kami warga kerja Pusat Kegiatan Guru Cheras ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf.



BAHAN TAKLIMAT NETBOOK 1 MALAYSIA



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

Bersama-sama ini dipanjangkan Bahan Taklimat Netbook 1 Malaysia untuk tindakan pihak tuan selanjutnya :


Kerjasama serta sokongan tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.


Wednesday, July 8, 2015

LAPORAN KEROSAKAN NETBOOK 1 MALAYSIA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
Bersama-sama ini dipanjangkan borang-borang untuk laporan kerosakan Netbook 1 Malaysia untuk tindakan pihak tuan selanjutnya :

1) KEW PA-3 (Salinan Dari Pihak Sekolah)
2) KEW PA-9
3) kEW PA-5
4) Senarai Aset Bernilai Rendah

Untuk makluman pihak tuan, jika terdapat kerosakan Netbook di sekolah lengkapkan borang-borang yang tersebut di atas dan hantar ke PKG Cheras bersama-sama Netbook yang rosak.

Kerjasama serta sokongan tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.


Muat turun

 KEW PA-3 (Salinan Dari Pihak Sekolah)