Friday, July 24, 2015

PANDUAN PENGISIAN PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH 2015 MENGGUNAKAN SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS)

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan penarafan pembestarian sekolah menggunakan Smart School Qualification Standard (SSQS) setiap tahun untuk mengukur tahap pembestarian sekolah-sekolah Malaysia yang boleh digunakan sebagai salah satu indikator asas bagi mengukur tahap pencapaian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025; khususnya Anjakan 7, Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia serta menjadi input kepada pelbagai program pembestarian sekolah dalam pembangunan sumber manusia dan tenaga kerja yang berlandaskan pengetahuan (k-ekonomi).

TARIKH BAGI TEMPOH MASA PENGISIAN SSQS 2015 : 6 JULAI HINGGA 30 OGOS 2015


PANDUAN MENGISI SSQS 2015


1. Sila masuk ke laman sesawang/url : http://ssqs.btpnsel.edu.my/ 


2.  Log Masuk ADmin untuk mendapatkan token (No tag)


3. Login sekolah ialah : (KOD SEKOLAH) / kata laluan : (kod sekolah)

                   Contoh: BBA40015 -SK Batu Sembilan

Pilih SEKOLAH

Log masuk menggunakan Kod Sekolah masing-masing


4. Paparan no token untuk semua responden sekolah akan dipaparkan seperti berikut:



5. Gunakan no token untuk memulakan penarafan mengikut kategori responden melalui laman sesawang /url : http://ssqs.btpnsel.edu.my/ 


6. Masukkan no token mengikut kategori responden masing-masing dan klik pada teruskan.


7. Jawab semua soalan yang dikemukakan sehingga selesai.


8. Untuk kemudahan sebagai rujukan dan cara pengisian, pihak sekolah boleh mencetak panduan SSQS


9. Pihak sekolah boleh rujuk panduan responden dan mencetak Borang SSQS offline sebagai panduan responden.

Panduan Responden

Borang SSQS Offline


10. Bilangan Responden yang perlu mengisi SSQS 2015 adalah seperti berikut.



Muat turun:

Slaid Taklimat SSQS 2015
Surat KPM - SSQS 2015

Instrument GPM

Instrument Guru

Instrumen Murid

Instrumen Pentadbir



0 comments:

Post a Comment