Selamat Datang ke Pusat Kegiatan Guru Cheras blogspot

Menyediakan info berkaitan dengan pengurusan Pusat Sumber,Teknologi Pendidikan dan Teknologi Maklumat di Zon Cheras.

Misi

Pembangunan Kapasiti dan Peningkatan Kualiti Pengurusan Instruksional Menerusi Pembudayaan Inovasi Teknologi Pendidikan

Visi

Meneraju Tranformasi Generasi Menerusi Teknologi Pendidikan

Objektif

Membudayakan penggunaan ICT dalam teknologi pendidikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran,keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah serta kompetensi guru secara berterusan

Pusat Kegiatan Guru Cheras

Sebagai nadi penggerak inovasi sekolah, BTPN Selangor sentiasa memastikan program-program BTP yang telah diatur mampu meningkatkan inovasi dalam pendidikan di sekolah-sekolah negeri Selangor. Ini adalah penting untuk melahirkan satu modal insan yang mampu menyokong dan membantu merealisasikan misi dan visi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Tuesday, December 30, 2014

Tuesday, December 23, 2014

KEM NILAM MINI ZON CHERAS 2014

Kem NILAM Mini Zon Cheras 2014 telah diadakan pada 18 hingga 19 November 2014 bertempat di Pusat Kokurikulum Kem Sungai Tekali, Hulu Langat yang telah melibatkan seramai 61 orang pelajar Tahun 4 dan Tingkatan 3 sekolah sekitar Zon Cheras. Kem NILAM Mini ini diadakan bagi bertujuan untuk memberikan pengalaman dan gambaran kepada semua pelajar dan Guru Perpustakaan dan Media Zon Cheras secara terus bagaimana pemilihan tokoh nilam diadakan.


Monday, December 22, 2014

PENGEDARAN BAHAN DIGITAL DAN PERISIAN KANDUNGAN MBMMBI 2014

Tuan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.       Untuk makluman pihak tuan, PKG Cheras akan mengedarkan CD MBMMBI untuk Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah.  CD tersebut perlu digunakan menjelang sesi persekolahan 2015.

3.      Sehubungan dengan itu, jasa baik tuan adalah dipohon untuk menghantar wakil ke PKG Cheras untuk mengambil CD berkenaan  mulai 23 Disember 2014.

4.       Tuan dipohon untuk memastikan perkara berikut diambil tindakan:
                           i.        Menyemak bilangan set CD perisian yang diterima adalah betul seperti Sijil Akuan Penerimaan   (SAP)
                          ii.       Menandatangani & mengembalikan SAP kepada PKG Cheras.

                        iii.       Memastikan CD berkenaan boleh digunakan oleh guru menjelang sesi persekolahan 2015.


Thursday, December 18, 2014

Takwim persekolahan tahun 2015