Selamat Datang ke Pusat Kegiatan Guru Cheras blogspot

Menyediakan info berkaitan dengan pengurusan Pusat Sumber,Teknologi Pendidikan dan Teknologi Maklumat di Zon Cheras.

Misi

Pembangunan Kapasiti dan Peningkatan Kualiti Pengurusan Instruksional Menerusi Pembudayaan Inovasi Teknologi Pendidikan

Visi

Meneraju Tranformasi Generasi Menerusi Teknologi Pendidikan

Objektif

Membudayakan penggunaan ICT dalam teknologi pendidikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran,keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah serta kompetensi guru secara berterusan

Pusat Kegiatan Guru Cheras

Sebagai nadi penggerak inovasi sekolah, BTPN Selangor sentiasa memastikan program-program BTP yang telah diatur mampu meningkatkan inovasi dalam pendidikan di sekolah-sekolah negeri Selangor. Ini adalah penting untuk melahirkan satu modal insan yang mampu menyokong dan membantu merealisasikan misi dan visi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Tuesday, April 19, 2016

JOM MEMBACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT 2016





Sekolah-sekolah Zon Cheras digalakkan untuk menyertai Program Jom Baca Bersama untuk 10 Minit bagi tahun 2016.



Poster Bahasa Melayu


Poster Bahasa Inggeris



[PENTING GPM] : BENGKEL PEMBUGARAN DATA NILAM MAC 2016

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
Bersama-sama ini dipanjangkan Surat Bengkel Pembugaran Data NILAM Mac 2016 untuk tindakan pihak tuan selanjutnya.

Kerjasama serta sokongan tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.


FORMAT DATA MENTAH

FORMAT ANALISA STATUS PELAKSANAAN NILAM TAHAP JAUHARI DAN RAKAN PEMBACA

PPT BENGKEL PEMBUGARAN DATA NILAM MAC 2016
PPT NILAM BARU


Monday, April 11, 2016

ANALISIS PENGGUNAAN LAMAN PEMBELAJARAN MAYA (VLE) MINGGU KE- 14 2016 (31 MAC 2016 - 06 APRIL 2016)

Kepada: Semua Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah Zon Cheras.

Tuan,
Bersama-sama ini disertakan analisis penggunaan Frog VLE bagi minggu ke- 12  iaitu dari  31 MAC 2016 - 06 APRIL 2016. Untuk makluman semua  peratus KPI pada bulan Mac 2016 ialah 0.96%. Tahniah kepada semua sekolah yang berjaya mencapai peratus KPI yang telah ditetapkan dan teruskan usaha bagi sekolah yang tidak mencapai KPI. Terima kasih.


Catatan: Klik pada gambarajah untuk melihat paparan yang lebih besar.








ANALISIS PENGGUNAAN LAMAN PEMBELAJARAN MAYA (VLE) MINGGU KE- 13 2016 (24 MAC 2016 - 30 MAC 2016)

Kepada: Semua Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah Zon Cheras.

Tuan,
Bersama-sama ini disertakan analisis penggunaan Frog VLE bagi minggu ke- 13  iaitu dari  24 MAC 2016 - 30 MAC 2016. Untuk makluman semua  peratus KPI pada bulan Mac 2016 ialah 0.58%. Tahniah kepada semua sekolah yang berjaya mencapai peratus KPI yang telah ditetapkan dan teruskan usaha bagi sekolah yang tidak mencapai KPI. Terima kasih.


Catatan: Klik pada gambarajah untuk melihat paparan yang lebih besar.





[PENTING GPM] : KUTIPAN DATA NILAM 2016





Tuan,

Dengan sukacitanya perkara diatas dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Memo Dalaman Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, KP(BTP-PSP)8810/3/2 Jld.8 (31) bertarikh 4 Februari 2016 adalah dirujuk.

3.         Kutipan data akan dilaksanakan pada setiap sukuan tahun (Mac, Jun, September dan Disember). Penghantaran Status Analisa NILAM Sekolah perlulah dihantar pada atau sebelum 15 April 2016, 10 Julai 2016, 10 Oktober 2016 dan 10 Jan 2017 mengikut sukuan tahun.

4.         Bersama-sama ini disertakan
4.1  Status Analisa NILAM Sekolah Rendah 2016
                       4.2 Status Analisa NILAM Sekolah Menengah 2016


Muat turun memo kutipan data nilam 2016
Status Analisa Data NILAM SM
Status Analisa data NILAM SR

Thursday, April 7, 2016

[HASIL PESERTA] : BENGKEL PEMBINAAN USER GENERATOR CONTENT(UGC) DENGAN MENGGUNAKAN APLIKASI POWTOON UNTUK PdP






ASZILA BINTI OMAR & NOORHAJIZAH BINTI IBRAHIM



SURAYA BT SALLEH,NOR AZIZAH BT ZAKARIA DAN MOHD FAIZAL BIN IBRAHIM



IZZATI BINTI MOHD YUSOP



NOORSAHIDA SAID



NORZIHA BINTI NASIRIN



Laily Mazuin binti Kamaruddin dan Rafidah binti Idris



Mahfuzzah Zakaria



Zuridah binti Idris dan Mazraidah binti Hashim



NURUL FATEHAH MOKHTAR



MOHAMMAD FAIZAL BIN IBRAHIM,SURAYA BT. SALLEH,NORAZIZAH ZAKARIA



NIK NORIZAN BT CHE RAHANI



MAGESVARAN A/L JAYAPALAN & ZALINOR BIN ZAINUDDIN



Hairul Anuar Harith & Nur Ihsan Jasni



ASZILA BINTI OMAR & NOORHAJIZAH BINTI IBRAHIM



Nurfaieza bt Rozlan & Musyrifah bt Ismail



Maisarah binti Edris



NORHAMIMAH MOHD TAZALI



Mohammad Hafiz Bin Abdul Rahman & Mohd Suffian b Yahya



Nurhadana Abu Seman



Syazrah Binti Haji Samduin @ Samsudin & IRNAWATY ITHNIN



SARINA, ROHAIDA



MOHAMMAD ZAKI BIN ABD LATIF



NOR SHASHA ZURA BINTI MD LAJIS & SITI SOLEHAH BINTI ROSLI & ZARIRAH BT ZAINUDIN








[PENTING GPB/GICT] : MAKLUMAT PERALATAN ICT SEKOLAH-SEKOLAH KPM BAGI TAHUN 2016





Tuan,

Dengan sukacitanya perkara diatas dirujuk.

2.         Adalah dimaklumkan bahawa pihak Bahagian Teknologi Pendidikan PMO ICT telah menambah modul tambahan dalam sistem Data Inisiatif ICT Sekolah – Sekolah KPM (eData) untuk mengumpul data sekolah bagi tujuan pelaksanaan inisiatif ICT sekolah-sekolah KPM.

3.        Sehubungan dengan itu, kerjasama pihak tuan untuk melengkapkan borang Sistem Data Inisiatif ICT Sekolah – Sekolah KPM bagi Tahun 2016 yang diberikan pada atau sebelum 3 Mei 2016 (Selasa) bagi tujuan pengemaskinian system eData oleh pihak PKG Cheras.