Selamat Datang ke Pusat Kegiatan Guru Cheras blogspot

Menyediakan info berkaitan dengan pengurusan Pusat Sumber,Teknologi Pendidikan dan Teknologi Maklumat di Zon Cheras.

Misi

Pembangunan Kapasiti dan Peningkatan Kualiti Pengurusan Instruksional Menerusi Pembudayaan Inovasi Teknologi Pendidikan

Visi

Meneraju Tranformasi Generasi Menerusi Teknologi Pendidikan

Objektif

Membudayakan penggunaan ICT dalam teknologi pendidikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran,keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah serta kompetensi guru secara berterusan

Pusat Kegiatan Guru Cheras

Sebagai nadi penggerak inovasi sekolah, BTPN Selangor sentiasa memastikan program-program BTP yang telah diatur mampu meningkatkan inovasi dalam pendidikan di sekolah-sekolah negeri Selangor. Ini adalah penting untuk melahirkan satu modal insan yang mampu menyokong dan membantu merealisasikan misi dan visi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Wednesday, November 25, 2015

PENTING ICT: Makmal Komputer Mudah Alih Chromebook: Isu Bateri Chromebook Menggelembung

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Tuan/Puan,

Untuk pengetahuan, aduan mengenai bateri Chromebook menggelembung semakin meningkat.

Sebagai makluman awal sebelum mendapat penjelasan, jalan penyelesaian dan langkah pencegahan yang rasmi daripada YTLC serta Samsung, sila ambil maklum perkara-perkara berikut (tertakluk kepada perubahan):

1.       Punca Bateri Menggelembung
-          Chromebook yang ditutup tanpa ‘proper shutdown’ menjadikan Chromebook dalam status ‘sleep’.
-          Selepas itu Chromebook disimpan dalam Chrome Cart dan disambung power charger.
-          Chrome Cart dibiarkan ‘turn on’ tanpa ditutup bekalan elektrik.
-          Chromebook akan sentiasa dalam keadaan sedang dicas.
-          Power adapter yang disimpan dalam Chrome Cart akan sentiasa panas menyebabkan dalam Chrome Cartpanas.
-          Chromebook terdedah terlalu lama dengan suhu melebihi 30⁰C dan sentiasa dalam keadaan dicas menyebabkan bateri menjadi menggelembung.

2.       Jalan Penyelesaian
-          Bateri yang menggelembung perlu diganti baharu

3.       Kesan/Akibat Jika Tidak Diselesaikan
-          Komponen Chromebook lain yang ditolak oleh bateri menggelembung seperti casingkeyboard atau touch padboleh rosak.
-          Skrin Chromebook tidak dapat ditutup.
-          Bateri menggelembung yang ditekan (semasa cubaan menutup skrin) atau terkena hentakan yang kuat boleh menyebabkan ia meletup dan membahaya pengguna.

4.       Langkah Pencegahan SEBELUM Berlaku Bateri Menggelembung
-          Chromebook ditutup secara PROPER SHUTDOWN serta pastikan bukan ‘sleep’.
-          Menutup suis bekalan elektrik Chrome Cart selepas selesai cas.

5.       Langkah Pencegahan SELEPAS Berlaku Bateri Menggelembung
-          Tidak memaksa atau menekan terlalu kuat semasa menutup skrin Chromebook. Jika tidak boleh ditutup, biarkan ia tanpa ditutup.
-          Tidak menyusun/meletak Chromebook menggelembung di bawah Chromebook yang lain.
-          Tidak mengecas Chromebook yang menggelembung.
-          Melaporkan kepada PKG/BTPN.

Sehubungan itu, dipohon kerjasama tuan/puan supaya dapat mengurangkan risiko bateri Chromebook menggelembung. BTP akan mengemukakan memo/surat rasmi berkenaan perkara ini selepas mendapat dokumen rasmi daripada YTLC/Samsung.

Kerjasama yang diberi didahului dengan ribuan terima kasih.