Monday, August 3, 2015

Hari Kemerdekaan 2015




Sambutan Hari Kemerdekaan atau Kebangsaan pada tahun 2015 lebih menekankan kepada semangat kejiwaan dan bersatu hati rakyat Malaysia apabila Sehati Sejiwa dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun 2015

Pemilihan tema #sehatisejiwa telah diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek #sehatisejiwa mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini selain melambangkan semangat kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada Sebagai makluman, mulai tahun 2015 sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tidak lagi disebut berdasarkan ulang tahun, sebaliknya mengikut tahun GAMBAR DAN KETERANGAN LOGO HARI KEMERDEKAAN 2015 MALAYSIA

Berikut adalah gambar Logo rasmi Merdeka pada tahun 2015,



Hashtag #sehatisejiwa boleh diguna pakai pada Facebook, Instagram ataupun Twitter sesuai dengan dunia media sosial sekarang. Menerusi kempen promosi Hari Kebangsaan tahun ini juga, Kementerian turut melancarkan laman web rasmi 31Ogos.my dan rangkaian media sosial yang lain seperti instagram & twitter yang turut menggunakan nama @31Ogos.

0 comments:

Post a Comment